Lebih baik bina hospital, kata TMJ
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyuarakan pandangan peribadinya berhubung usulan jambatan bengkok antara Johor dan Singapura yang menjadi perbualan baru-baru ini.

Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. (Gambar: Howard Law)
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyuarakan pandangan peribadinya berhubung usulan jambatan bengkok antara Johor dan Singapura yang menjadi perbualan baru-baru ini.
Malaysiakini melaporkan TMJ menerusi laman Twitternya berkata "lebih baik" berikan perhatian kepada hospital di Pasir Gudang dan tingkatkan peruntukan belanjawan kesihatan.
"Lebih baik teruskan binaan hospital di Pasir Gudang yang ditunda kerajaan dan meningkatkan peruntukan untuk hal ehwal kesihatan di negeri ini," menurut TMJ seperti ditukil Malaysiakini.
"Semua hospital di JB termasuk di daerah-daerah perlukan lebih banyak katil dan alat perubatan.
"Ini pendapat peribadi saya," tambah beliau menerusi Twitter.
Menurut Malaysiakini lagi, dalam catatan di akaun Twitter beliau TMJ tidak menyebut secara langsung projek pembinaan jambatan bengkok itu.
Namun catatan itu dibuat sebagai jawapan kepada pertanyaan berhubung isu tersebut.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.