Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Lebih baik anda tutup mulut', kata Korea Utara kepada Presiden Korea Selatan susuli tawaran bantuan

Anggaran Waktu Membaca:
'Lebih baik anda tutup mulut', kata Korea Utara kepada Presiden Korea Selatan  susuli tawaran bantuan

Adik perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jong. (Gambar fail : AFP)

SEOUL: Adik perempuan pemimpin Korea Utara yang amat berpengaruh, pada Jumaat (19 Ogos) berkata Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol harus 'tutup mulutnya' selepas beliau menawarkan bantuan ekonomi kepada Pyongyang dengan syarat negara itu bersetuju melucutkan senjata nuklearnya.

Cik Kim Yo Jong menyifatkan tawaran itu sebagai tidak masuk akal.

Kenyataan beliau itu yang pertama dibuat seorang pegawai kanan Korea Utara secara langsung mengenai apa yang dikatakan Presiden Yoon sebagai rancangan "berani" - pertama kali dicadangkan pada Mei dan sekali lagi pada Rabu semasa sidang media untuk menandakan 100 hari pertama beliau di pejabat Presiden.

"Lebih baik bagi imejnya jika beliau tutup sahaja mulutnya," kata Kim Yo Jong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita negara KCNA, sambil menyifatkan Presiden Yoon sebagai seorang yang "sangat dangkal dan masih kebudak-budakan" dengan membuat tawaran itu.

Tegasnya, Korea Utara tidak akan mengorbankan senjata nuklear dan program peluru berpandu balistik negara itu demi kerjasama ekonomi.

Beliau juga menuduh Korea Selatan mengulangi saranan-saranan yang sudahpun ditolak Pyongyang sebelum ini.

Menteri Penyatuan Korea Selatan pula menyifatkan kenyataan Cik Kim itu sebagai "biadap dan tidak sopan."
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan