Lebih AS$5 juta aset UNRWA terancam susuli serbuan Israel
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Eyad BABA)
- Tentera Israel bersama pihak berkuasa tempatan menyerbu Pusat Latihan Qalandia milik UNRWA di timur Baitulmakdis pada 25 Ogos, mengusir kakitangan dan melakukan pengubahsuaian.
- Selepas tentera berundur pada 28 Ogos, UNRWA mendapati aset PBB bernilai lebih AS$5 juta rosak dan dipercayai dijarah.
- Pusat ini, yang menyediakan latihan vokasional percuma kepada 340 pelarian Palestin setiap tahun, sedang bersiap sedia untuk tahun akademik baharu ketika kejadian berlaku.
- UNRWA menegaskan perlunya perlindungan ke atas kemudahan tersebut dan menuntut Israel menghentikan tindakan seumpama itu demi pendidikan belia pelarian Palestin.
AMMAN: Aset Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bernilai lebih AS$5 juta (S$6.37 juta) yang ditempatkan di sebuah pusat latihan Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di timur Baitulmakdis yang diduduki mengalami kerosakan dan dipercayai dijarah selepas tentera Israel menyerbu kemudahan itu secara paksa pada awal minggu 24 Ogos, menurut seorang pegawai kanan agensi tersebut.
Kerosakan dan tanda-tanda penjarahan ditemui selepas tentera Israel berundur dari kemudahan berkenaan.
Menurut laporan Anadolu Ajansi, Pengarah Ehwal UNRWA di Tebing Barat Roland Friedrich berkata pasukan keselamatan Israel, kakitangan pihak berkuasa tempatan dan seorang pegawai yang dipilih “menceroboh secara paksa dan menyalahi undang-undang” Pusat Latihan Qalandia pada 25 Ogos lalu serta memaksa kakitangan UNRWA keluar.
Encik Friedrich dalam kenyataan di X berkata pihak berkuasa Israel kemudian kekal berada di premis itu dan memulakan kerja pengubahsuaian serta pembersihan.
Beliau berkata pasukan keselamatan Israel dilihat meninggalkan pusat berkenaan pada 28 Ogos, dengan kerosakan pada aset PBB dan tanda-tanda penjarahan ditemui selepas mereka beredar.
“Ketika pencerobohan yang menyalahi undang-undang itu berlaku, Pusat Latihan Qalandia sedang membuat persiapan bagi tahun akademik baharu dan dijangka menerima 340 pelajar dari seluruh Tebing Barat minggu depan,” katanya.
Kemudahan itu merangkumi berpuluh-puluh bengkel latihan vokasional, bilik darjah, asrama dan bangunan pentadbiran, selain peralatan serta kelengkapan bernilai yang digunakan untuk latihan amali vokasional.
Menurut Encik Friedrich, aset UNRWA di pusat berkenaan bernilai lebih AS$5 juta sambil memaklumkan bahawa agensi tersebut dan rakan-rakan antarabangsa sudah membuat pelaburan besar dalam peralatan latihan, peningkatan prasarana, penyenggaraan serta kerja pembaikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau berkata beberapa projek berkenaan masih dilaksanakan ketika pihak berkuasa Israel memasuki kemudahan itu.
UNRWA menegaskan bahawa pusat berkenaan dan asetnya perlu dilindungi berikutan peranannya dalam menyediakan pendidikan serta kemahiran vokasional kepada golongan belia pelarian Palestin.
Encik Friedrich berkata Israel mempunyai kewajipan undang-undang untuk menarik balik tindakannya “tanpa berlengah” dan mencegah kejadian seumpama itu daripada berulang.
Dalam wawancara dengan Anadolu pada 27 Ogos, Encik Friedrich berkata Qalandia merupakan kemudahan utama terakhir UNRWA di timur Baitulmakdis yang diduduki selepas pihak berkuasa Israel menutup enam sekolah dan dua pusat kesihatan agensi itu serta merampas dan memusnahkan sebahagian besar ibu pejabat utamanya di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah.
Beliau menambah, Pusat Latihan Qalandia yang ditubuhkan pada 1952 merupakan kemudahan latihan teknikal dan vokasional tertua UNRWA di Tebing Barat serta menyediakan latihan vokasional secara percuma kepada 340 belia pelarian Palestin setiap tahun.

Sumber : Bernama/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.