Lebih 94,000 anggota, pegawai Polis Diraja Malaysia siap siaga hadapi PRU15
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi Berita
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatur gerak 94,411 pegawai dan anggotanya bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 120,557 warga pasukan PDRM yang akan ditugaskan bagi penugasan berkaitan perjalanan pilihan raya, seperti dinukil daripada BH Online.
"Kita mengambil maklum pengumuman oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa Parlimen ke-14 bubar hari ini (10 Okt) bagi memberi laluan kepada PRU-15.
"PDRM akan bekerjasama erat dengan semua agensi terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses pemilihan demokratik di negara ini berjalan lancar.
"Pada masa sama, persediaan sudah diaturkan oleh PDRM untuk berganding bahu dengan lain-lain agensi penyelamat bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya bencana alam dalam tempoh berlangsungnya PRU-15 kelak," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Encik Acryl Sani berkata, polis meminta kerjasama semua pihak bersama-sama memainkan peranan supaya proses pilihan raya berlangsung tanpa sebarang insiden tidak diingini, lapor BH Online.
"Sebagai anggota masyarakat yang matang dalam menghadapi senario politik, usaha semua pihak untuk mengelak daripada menyentuh perkara sensitif amat diperlukan.
"PDRM komited dalam menjalankan penugasan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara. Insya-Allah," katanya.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.