Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 9,100 kes HFMD dilapor di Johor sejak Jan tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Sebanyak 9,156 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor sejak 1 Jan tahun ini hingga Jumaat lalu, sekali gus menjadikan negeri itu keenam tertinggi bagi kumulatif kes berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata kebanyakan kes berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah enam tahun iaitu 7,878 kes, diikuti tujuh hingga 12 tahun (1,100) dan bakinya lebih daripada 13 tahun.

Beliau berkata daerah Johor Bahru mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 3,190 kes, Kluang (1,156), Tangkak (932), Batu Pahat (929), Segamat (814 kes), Kota Tinggi (745), Pontian (596), Muar (345), Kulai (312) dan Mersing (134).

“Sehingga kini tiada wabak aktif HFMD yang dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini (4 Okt).

Sementara itu, Encik Ling berkata sebanyak 4,365 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan di negeri itu hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-39/2022 dengan 73.7 peratus kluster melibatkan institusi pendidikan dan tiada kluster baharu dilaporkan.

Kumulatif kes demam denggi pada ME ke-39/2022 pula adalah sebanyak 2,403 kes, bagaimanapun tiada kematian direkodkan akibat wabak itu.

“Daerah Johor Bahru mencatat bilangan kes tertinggi dengan 94 kes diikuti Kulai (19), Pontian (4), Kluang, Batu Pahat dan Kota Tinggi masing-masing tiga kes. Segamat pula masing-masing merekodkan satu kes. Bagaimanapun, tiada kes dilaporkan di daerah Mersing dan Muar,“ katanya.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan