Skip to main content

Dunia

Lebih 880 orang awam maut, 126 dihukum mati sejak rampasan kuasa tentera Myanmar

Sekurang-kurangnya 883 orang awam terbunuh di tangan tentera Myanmar manakala 126 lagi dihukum mati sejak rampasan kuasa tentera awal Februari lalu, lapor Sputnik.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 880 orang awam maut, 126 dihukum mati sejak rampasan kuasa tentera Myanmar

Orang awam membantah rampasan kuasa oleh pihak tentera di Myanmar. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 30 Jun 2021 12:07PM Dikemas Kini : 30 Jun 2021 12:10PM

NEW YORK: Sekurang-kurangnya 883 orang awam terbunuh di tangan tentera Myanmar manakala 126 lagi dihukum mati sejak rampasan kuasa tentera awal Februari lalu, lapor Sputnik.

"Menurut laporan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar, pihak tentera telah membunuh sekurang-sekurangnya 883 orang awam tidak bersenjata manakala 40 lagi dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan.

"Selain itu, 60 kanak-kanak turut menjadi korban sejak rampasan kuasa itu" 

"Seramai 5,202 ditahan kerana membantah rampasan kuasa tentera dan daripada jumlah itu 126 dihukum mati," kata jurucakap PBB Stephane Dujarric.

Beliau berkata, PBB di Myanmar mengutuk sekeras-kerasnya kekerasan melampau tentera termasuk penggunaan peluru hidup, tambahnya.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita