Lebih 84,000 bangunan musnah dalam gempa Turki
ISTANBUL: Dua gempa bumi kuat yang menggegarkan Turki baru-baru ini merosakkan 84,726 bangunan.
Demikian menurut laporan agensi berita Jerman, dpa, pada Jumaat (17 Feb).
Menteri Perancangan Bandar Turki Murat Kurum mendedahkan lebih 7,000 petugas terlibat untuk menjalankan pemeriksaan dan menilai kerosakan bangunan yang terdapat di 11 wilayah.
Bangunan yang rosak perlu dirobohkan segera dan penduduk dinasihatkan supaya tidak berada berdekatan dengan bangunan-bangunan yang sudah dikenal pasti itu, katanya kepada wartawan pada Jumaat.
Beliau berkata pemerintah akan memulakan usaha pembinaan semula di beberapa bandar yang terjejas teruk mulai Mac dan berikrar projek pembinaan kediaman yang baru akan dimulakan selepas kajian teliti dilakukan.
Pihak berkuasa Turki menerima kecaman hebat kerana didakwa gagal menguatkuasakan peraturan projek pembinaan yang mungkin menyumbang kepada angka korban yang tinggi.
Lebih 50 orang termasuk kontraktor pembinaan sudahpun ditahan, lapor Agensi Anadolu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.