Lebih 80 jemaah umrah M'sia rugi RM600,000 ditipu agensi pelancongan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi berita
KOTA BHARU: Lebih 80 jemaah umrah mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM600,000 (S$180,000) selepas ditipu sebuah agensi pelancongan.
Mereka turut mendakwa dijanjikan menunaikan ibadah itu pada Disember tahun lalu namun sehingga kini hasrat mereka tidak kesampaian.
Lebih menyedihkan, wang bayaran penuh yang dibuat sejak Oktober tahun lalu juga belum dikembalikan, lapor agensi berita Sinar Harian.
Mangsa, Noraini Pauzi, 50 tahun, dari Machang memberitahu dia sudah membayar RM15,200 (S$4,550)kerana berhasrat menunaikan umrah bersama anaknya.
"Saya mengambil pakej RM7,600 (S$2,280) setiap seorang dan kami sepatutnya berlepas pada 14 Disember tahun lalu," katanya kepada para wartawan pada Rabu (26 Apr) selepas membuat aduan polis di Balai Polis Kota Bharu, lapor Sinar Harian.
Bagaimanapun katanya, seminggu sebelum berlepas Cik Noraini dimaklumkan oleh agensi itu bahawa umrah mereka ditangguhkan kerana berlangsungya Piala Dunia di Qatar ketika itu.
“Kami kemudiannya dijanjikan akan berlepas pada Februari, namun sekali lagi gagal kerana memaklumkan terdapat masalah di Makkah, sebelum dijanjikan penerbangan seterusnya pada Mac," katanya.
Menurut Cik Noraini, mereka ada mendesak agensi berkenaan untuk mendapatkan semula wang yang dibayar tetapi pelbagai alasan diberikan.
Cik Noraini berkata, pada mulanya dia teruja untuk menunaikan umrah namun akhirnya kecewa dengan pelbagai alasan yang diberikan pihak pengurusan agensi terbabit.
“Justeru, kami berharap wang kami dikembalikan semula kerana kami bukan orang senang. Itu duit hasil kerja keras kami untuk menunaikan umrah.
“Saya juga bertanyakan agensi pelancongan lain, mereka tidak berdepan sebarang masalah pun membawa jemaah umrah, namun agensi pelancongan kami memberi pelbagai alasan,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Cik Hasliliwani Ab Ghani, 37 tahun, turut meluahkan rasa kecewa apabila hasratnya bersama kakak serta abang untuk menunaikan ibadah umrah tidak kesampaian.
“Lebih menyedihkan bayaran untuk umrah menggunakan duit arwah ibu kerana sebelum meninggal dunia, dia berhasrat membawa kami menunaikan umrah namun tidak kesampaian," jelasnya.
Cik Hasliliwani juga menjelaskan sudah beberapa kali cuba berunding untuk mendapatkan semula wangnya namun gagal dan mengambil keputusan untuk membuat aduan polis.
"Saya berharap polis dapat menyiasat agensi itu dan duit kami dapat dikembalikan," ujarnya.
Sementara itu, Cik Azra Zahari, 43 tahun, memberitahu bahawa dia membuat aduan polis bagi pihak kedua ibu bapanya bagi menggesa agensi pelancongan terbabit mengembalikan semula wang mereka.
Jelasnya, ibu bapanya tidak sabar menunaikan umrah kerana akan menjadi pengalaman pertama mereka.
“Kami turut mengadakan majlis doa selamat dan solat hajat tetapi mereka gagal menunaikan umrah. Sehingga kini mereka masih malu dengan penduduk kampung dan segan untuk ke surau," katanya.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.