Lebih 70 pelarian Rohingya maut atau hilang selepas bot terbalik di Aceh
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Zahlul AKBAR / AFP)
JAKARTA: Lebih daripada 70 pelarian Rohingya dikhuatiri "maut atau hilang" selepas sebuah bot yang mereka naiki terbalik di perairan Aceh.
Meskipun demikian, 75 pelarian berjaya diselamatkan, dedah agensi pelarian UNHCR pada Jumaat (22 Mac).
Menurut kenyataan bersama UNHCR dengan Pertubuhan Antarabangsa bagi Penghijrahan, sekiranya angka kematian tersebut disahkan, ia adalah kehilangan nyawa paling banyak tahun ini.
Kejadian tersebut dimaklumkan pada Rabu (20 Mac) apabila nelayan menyelamatkan enam pelarian. Masyarakat nelayan di Aceh berkata mereka terpaksa berdiri di bahagian bawah bot selepas ia karam disebabkan air pasang.

BACA:
Lebih daripada 2,300 pelarian Rohingya tiba di Indonesia tahun lalu, dedah data UNHCR, menjangkaui jumlah keseluruhan sejak empat tahun lalu.
Angka pada 2023 iaitu sekurang-kurangnya 569 pelarian Rohingya yang mati atau hilang dalam usaha untuk melarikan diri dari Myanmar atau Bangladesh merupakan yang tertinggi sejak 2014, tambah UNHCR pada Januari.
Babar Baloch, jurucakap UNHCR Asia, memberitahu Reuters pada Jumaat, terdapat 151 orang dalam bot baharu itu. Kira-kira 75 daripadanya dipindahkan oleh pihak berkuasa tempatan, manakala selebihnya "dianggap mati atau hilang".
Faisal Rahman, sekutu perlindungan UNHCR di Aceh, memberitahu Reuters bahawa pelarian Rohingya yang terselamat berada dalam keadaan baik, dan kini menetap di sebuah bangunan Palang Merah di Aceh Barat.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.