Lebih 632,000 rakyat Ukraine lari ke Romania sejak konflik tercetus
Gambar: Daniel MIHAILESCU / AFP
BUCHAREST: Seramai 632,382 warga Ukraine memasuki Romania sejak konflik Rusia mencerobohi negara itu, lapor agensi berita Agerpres.
Menurut Inspektorat Am Polis Sempadan (IGPF) pada Selasa (5 Apr), seramai 7,524 warga Ukraine melarikan diri ke Romania, meningkat sebanyak 4.6 peratus berbanding hari sebelumnya.
Kira-kira 4,305 daripadanya masuk melalui sempadan Ukraine, manakala lagi 1,593 pelarian masuk menerusi sempadan Moldova.
Menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 1,480 orang awam terbunuh dan 2,195 cedera di Ukraine sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraannya pada 24 Februari lalu, dengan jumlah sebenar dikhuatiri jauh lebih tinggi.
Lebih 4.24 juta rakyat Ukraine sudah melarikan diri ke negara-negara lain, manakala lebih 7.1 juta lagi hilang tempat tinggal.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.