Lebih 62 juta rakyat Amerika undi awal jelang pilihan raya presiden
Anggaran Waktu Membaca:
Pusat mengundi di New York, Amerika Syarikat pada 26 Okt 2024. (Gambar: Kena Betancur/AFP)
WASHINGTON: Lebih 62 juta rakyat Amerika mengundi awal dengan lima hari lagi menjelang Pilihan Raya, menurut data yang diterbitkan pada Khamis (31 Okt).
Data daripada penjejak Election Lab Universiti Florida menunjukkan seramai 62,725,685 orang mengundi sama ada melalui pos atau secara fizikal di pusat mengundi.
Tidak seperti 2020, ketika Amerika Syarikat berada di tengah-tengah pandemik COVID-19, lebih ramai pengundi memilih untuk mengundi secara fizikal berbanding melalui pos pada pilihan raya presiden kali ini.
Dengan hanya kurang seminggu sebelum pilihan raya pada 5 November, tinjauan menunjukkan Naib Presiden Kamala Harris dan pencabarnya dari Parti Republican, Donald Trump bersaing sengit, terutamanya di tujuh wilayah utama.
Harris mendahului tipis di Wisconsin dan Michigan masing-masing dengan 0.2 peratus dan 0.4 peratus, menurut kompilasi tinjauan oleh laman RealClearPolitics.
Trump terus mendahului di Arizona, Nevada, Pennsylvania, North Carolina, dan Georgia.
Bagaimanapun, kelebihannya hanya pada atau di bawah satu peratus di Nevada, Pennsylvania, dan North Carolina.
Trump memperoleh kelebihan yang lebih besar di Arizona (+2.4 peratus) dan Georgia (+2.7 peratus).

Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.