Lebih 60 orang dikhuatiri terperangkap susuli tanah runtuh di tapak perkhemahan di Genting Highland
Bomba mencari mangsa tanah runtuh di Genting Highland pada 16 Disember 2022. (Gambar: Bomba Selangor/BERNAMA/Twitter)
KUALA LUMPUR: Seramai 37 individu berjaya diselamatkan selepas dipercayai terperangkap di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father's Organic Farm di Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang, ekoran tanah runtuh awal pagi Jumaat (16 Dis).
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.24 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 3.00 pagi.
Kemudian, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang, BBP Genting Highlands, BBP Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas dikerahkan ke lokasi.
Beliau berkata tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik itu menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.
“Maklumat awal pihak polis terdapat 100 orang yang berada di tapak perkhemahan itu yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan.
"Ketika ini misi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilaksanakan bersama pasukan STORM,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.