Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 6 juta jemaah tunai Umrah pada suku pertama 2023

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 6 juta jemaah tunai Umrah pada suku pertama 2023

(Gambar: Abdel Ghani Bashir/AFP)

RIYADH: Menteri Pelancongan Arab Saudi Ahmed Al-Khateeb menyifatkan prestasi sektor pelancongan Saudi pada suku pertama 2023 sebagai sesuatu yang belum pernah berlaku dan bersejarah dari segi jumlah pelawat dan perbelanjaan pelancongan.

"Lebih enam juta jemaah melakukan Umrah pada musim ini sementara jumlah peratusan pelancong yang tiba atas sebab hiburan dan percutian melonjak 581 peratus pada suku pertama 2023 berbanding tempoh yang sama pada 2019, disebabkan prosedur visa elektronik yang dimudahkan dan pertumbuhan luar biasa dalam kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan di destinasi pelancongan kerajaan ini," katanya, sperti dipetik laporan Saudi Gazette.

Encik Al-Khateeb menekankan bahawa kementerian itu tidak akan mengabaikan tiga isu yang dianggap sebagai teras tugasnya, iaitu mutu yang tinggi, mematuhi lesen-lesen yang diperlukan untuk menjalankan kegiatan dan menyediakan pekerjaan buat rakyat Arab Saudi dalam sektor pelancongan.

Menteri itu menekankan prestasi yang dicapai oleh sektor pelancongan Kerajaan itu semasa bulan Ramadan adalah menakjubkan dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Jumlah jemaah Umrah dari dalam dan luar Arab Saudi melebihi enam juta orang.

Kadar penginapan dalam sektor pelayanan di Makkah dan Madinah mencatat jumlah yang bersejarah, lapor Saudi Gazette.

Encik Al-Khateeb menarik perhatian bahawa kadar pelancong dari negara-negara Teluk dan Timur Tengah mencatat pertumbuhan sebanyak 107 peratus berbanding pada 2019.

Manakala kadar pertumbuhan pelancong dari Asia Timur, terutama sekali dari Indonesia dan Malaysia mencapai 49 peratus.

Kadar pelancong dari negara-negara Eropah, terutama sekali Turki, Perancis, Rusia, Itali dan Jerman, mencapai 50 peratus.

Merujuk kepada jumlah pelancong dari luar negara itu, menteri berkenaan menarik perhatian bahwa Makkah berada di kedudukan pertama di antara destinasi-destinasi lain dengan 4.4 juta pelancong, dan Riyadh berada di kedudukan kedua disebabkan kenaikan pada jumlah mereka yang tiba menggunakan visa pelancong, serta mereka yang ingin menziarahi keluarga dan rakan-rakan, menurut Saudi Gazette.

Damman dan Al-Khobar mencatat peningkatan 96 peratus pada jumlah keseluruhan pelancong dibandingkan dengan tempoh yang sama pada 2019. Ia disebabkan jumlah pelawat dan pelancong yang makin meningkat dari Bahrain dan Qatar bagi tujuan hiburan dan menziarahi keluar dan rakan-rakan.

Terdapat pertumbuhan yang ketara sebanyak 247 peratus pada aliran kemasukan pelancong ke Jeddah atas sebab hiburan dan menziarahi keluarga dan rakan-rakan.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan