Lebih 500,000 jemaah haji sudah tiba di Saudi
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan lebih 500,000 jemaah sudah tiba di negara tersebut untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.
Gambar fail Masjidil Haram semasa musim haji. (Gambar: AFP)
Ia merangkumi 36 peratus daripada jumlah keseluruhan visa yang dikeluarkan untuk Haji 2025.
Setakat Ahad (18 Mei), lebih 504,000 jemaah haji sudah tiba di Saudi.
Ini termasuk lebih 493,000 jemaah yang tiba melalui udara, 10,100 jemaah yang tiba melalui darat, dan 1,400 jemaah yang tiba melalui jalan laut.
Pihak berkuasa menegaskan kepentingan mendapatkan permit Haji yang rasmi agar ia membolehkan jemaah menunaikan ibadah dengan mudah, selesa dan tenang.
Para pelawat yang mahu memasuki kota Makkah tanpa permit Haji yang sah boleh diberkas atau didenda sehingga 20,000 Riyal (S$6,900).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.