Skip to main content

Dunia

Lebih 5,000 kes jangkitan baru COVID-19 dikesan di Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 5,000 kes jangkitan baru COVID-19 dikesan di Saudi

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 18 Jan 2022 02:17PM

RIYADH: Jumlah kes baru jangkitan COVID-19 di Arab Saudi kekal melebihi 5,000 pada Isnin (17 Jan). 

Sebanyak 5,505 kes baru jangkitan dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut laporan Saudi Gazette. 

Dua kematian akibat komplikasi berkaitan koronavirus dilaporkan dalam tempoh yang sama, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Saudi, seperti yang dipetik Saudi Gazette. 

Ini menjadikan jumlah kes jangkitan di Saudi sebanyak 620,935 dan kematian berkaitan virus itu kepada 8,908. 

Menurut kementerian itu lagi, seramai 4,349 pesakit sudah pulih dalam tempoh yang sama, membawa jumlah pesakit yang sembuh kini kepada 569, 296, seperti yang dilaporkan Saudi Gazette. 

Antara kes aktif COVID-19 yang dikesan, 388 berada dalam keadaan tenat. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita