Lebih 500 penerbangan dibatalkan di selatan Jepun akibat Taufan Khanun
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP/Courtesy of National Institute of Information and Communications Technology (NICT)
TOKYO: Sekurang-kurangnya 510 penerbangan dibatalkan di selatan Jepun akibat Taufan Khanun membawa angin kencang ke pantai negara itu, lapor Sputnik memetik media Jepun pada Selasa (1 Ogos).
Penerbangan yang menghubungkan Lapangan Terbang Naha di pulau Okinawa dan Kagoshima di bahagian selatan Pulau Kyushu dengan bahagian lain di negara itu telah dibatalkan, lapor penyiar NHK.
Selain itu, perkhidmatan feri turut ditangguhkan.
Pada Isnin, lebih 260 penerbangan dibatalkan akibat Taufan Khanun.
Buat masa ini, tahap Taufan Khanun masih diletakkan di bawah kategori "sangat kuat" dan Agensi Meteorologi Jepun meramalkan keadaan itu akan berterusan sehingga petang Selasa.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.