Lebih 500 maut dalam tunjuk perasaan Iran
Kekacauan di Iran meragut lebih 500 nyawa, menurut sebuah kumpulan hak asasi pada Ahad (11 Jan), dengan Tehran mengancam untuk menyasarkan pangkalan tentera Amerika Syarikat sekiranya Presiden Donald Trump melaksanakan ancamannya untuk campur tangan bagi menyokong penunjuk perasaan.
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
DUBAI: Kekacauan di Iran meragut lebih 500 nyawa, menurut sebuah kumpulan hak asasi pada Ahad (11 Jan), dengan Tehran mengancam untuk menyasarkan pangkalan tentera Amerika Syarikat sekiranya Presiden Donald Trump melaksanakan ancamannya untuk campur tangan bagi menyokong penunjuk perasaan.
Sedang kepimpinan ulama Republik Islam itu berdepan tunjuk perasaan terbesarnya sejak 2022, Encik Trump berulang kali mengancam untuk campur tangan sekiranya kekerasan digunakan terhadap penunjuk perasaan.
Menurut perangkaan terbaharu yang diperoleh daripada aktivis di dalam dan luar Iran, kumpulan hak asasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, HRANA, menyatakan ia sudah mengesahkan kematian 490 penunjuk perasaan dan 48 anggota keselamatan, dengan lebih 10,600 orang diberkas dalam tempoh dua minggu pergolakan itu berlaku.
Iran belum mengeluarkan angka rasmi, dan Reuters tidak dapat mengesahkan jumlah tersebut secara bebas.
Encik Trump dijadualkan bertemu dengan beberapa penasihat kanan pada Selasa untuk membincangkan pilihan berkaitan Iran, menurut seorang pegawai Amerika Syarikat kepada Reuters pada Ahad.
The Wall Street Journal melaporkan bahawa antara pilihan yang dipertimbangkan termasuk serangan ketenteraan, penggunaan senjata siber rahsia, peluasan sekatan serta bantuan online kepada sumber-sumber antipemerintah.
Speaker Parlimen Iran, Mohammad Baqer Qalibaf, memberi amaran kepada Washington agar tidak melakukan “kesilapan perhitungan”.
“Biarlah ia jelas: Jika Iran diserang, wilayah yang diduduki (Israel) serta semua pangkalan dan kapal Amerika Syarikat akan menjadi sasaran kami yang sah,” kata Encik Qalibaf, mantan panglima dalam Pasukan Pengawal Revolusi elit Iran.
PIHAK BERKUASA PERKETAT TINDAKAN
Tunjuk perasaan bermula pada 28 Disember sebagai tindak balas terhadap kenaikan harga yang mendadak, sebelum bertukar menjadi bantahan terhadap kepimpinan ulama yang memerintah sejak Revolusi Islam 1979.
Pihak berkuasa Iran menuduh Amerika Syarikat dan Israel mencetuskan kekacauan dan menggesa sebuah perhimpunan negara pada Isnin untuk mengecam “tindakan pengganas yang dipimpin Amerika Syarikat dan Israel”, lapor media pemerintah.
Aliran maklumat dari Iran terjejas akibat gangguan internet sejak Khamis.
Rakaman yang dimuat naik di media sosial pada Sabtu dari Tehran menunjukkan orang ramai berarak pada waktu malam, sambil menepuk tangan dan melaungkan slogan.
Rakaman dari bandar Mashhad di timur laut menunjukkan asap berkepul-kepul di ruang udara pada waktu malam akibat kebakaran di jalanan, penunjuk perasaan bertopeng serta jalan-jalan yang dipenuhi serpihan, seperti yang dilihat dalam sebuah lagi video. Bunyi letupan juga kedengaran.
Reuters mengesahkan lokasi-lokasi tersebut.
Televisyen negara menyiarkan berpuluh-puluh beg mayat yang diletakkan di atas tanah di pejabat koroner Tehran, sambil menyatakan bahawa mereka yang terkorban adalah mangsa peristiwa yang disebabkan oleh “pengganas bersenjata”.
Turut ditayangkan ialah rakaman yang menunjukkan ahli keluarga berkumpul di luar Pusat Perubatan Forensik Kahrizak di Tehran, yang menunggu untuk mengenal pasti mayat.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, berkata beliau terkejut dengan laporan keganasan oleh pihak berkuasa Iran dan menggesa ia mengawal sendiri.
“Hak kebebasan bersuara, penyatuan dan perhimpunan aman mesti dihormati dan dilindungi dengan sepenuhnya,” kata beliau di X.
Pihak berkuasa pada Ahad mengisytiharkan tiga hari berkabung di seluruh negara “bagi menghormati syahid yang terkorban dalam penentangan terhadap Amerika Syarikat dan rejim Israel”, menurut media negara.
Tiga sumber Israel yang hadir bagi perbincangan keselamatan Israel sepanjang hujung minggu lalu menyatakan Israel berada dalam keadaan berjaga-jaga tinggi terhadap kemungkinan sebarang campur tangan Amerika Syarikat.
Israel dan Iran berperang selama 12 hari pada Jun 2025, yang menyaksikan Amerika Syarikat turut terlibat seketika apabila ia melaksanakan serangan ke atas kemudahan-kemudahan nuklear.
Iran bertindak balas dengan melancarkan peluru berpandu ke arah Israel dan sebuah pangkalan udara Amerika di Qatar.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.