Lebih 50 juta penumpang manfaatkan bas Makkah sejak 2022
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Saudi Gazette/Facebook)
MAKKAH: Suruhanjaya Diraja bagi bandar Makkah dan tapak-tapak suci Islam mengumumkan bahawa khidmat Bas Makkah telah mencatat rekod baru setelah jumlah pengguna khidmat bas ulang-alik itu menjangkaui 50 juta sejak ia dilancarkan pada pertengahan Februari 2022 sehingga April 2023.
Suruhanjaya tersebut menyatakan bahawa perangkaan itu dianggap sebagai pencapaian baru setelah ia mencatat kenaikan sehingga 71 peratus pada Disember tahun lalu, iaitu seramai 25 juta penumpang, berbanding anggaran jumlah pengguna bas sepanjang tahun tersebut.
Anggaran yang dijangkakan itu menunjukkan bahawa jumlah tersebut akan meningkat dua kali ganda dalam tempoh akan datang, kerana ia memudahkan pengunjung dan penduduk Makkah sendiri.
Menurut laporan agensi berita Saudi Gazette, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya itu, Saleh Ibrahim Al-Rasheed berkata jumlah kenaikan tersebut mengatasi jangkaan mereka disebabkan ciri teknologi yang digunakan dalam Bas Makkah.
Selain itu, bas tersebut beroperasi dengan kapasiti 125 penumpang, manakala bas biasa dapat menampung 85 penumpang, dipetik daripada Saudi Gazette.
Sebanyak 12 lorong bas disediakan bagi perkhidmatan itu dengan 438 perhentian.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.