Skip to main content

Dunia

Lebih 4,800 kes penyakit berjangkit dikesan di pusat pemindahan sementara Kelantan

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 4,800 kes penyakit berjangkit dikesan di pusat pemindahan sementara Kelantan

Pusat pemindahan sementara di Tumpat, Kelantan. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 03 Dec 2024 04:30PM Dikemas Kini : 03 Dec 2024 04:31PM
TUMPAT: Sebanyak 4,894 kes penyakit berjangkit dilaporkan dikesan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh Kelantan setakat Isnin (2 Dis).

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin berkata penyakit tertinggi dikesan adalah jangkitan pernafasan sebanyak 2,923 kes, diikuti dengan jangkitan kulit 1,367 kes. 

Penyakit lain termasuk gejala keradangan perut (gastroenteritis) akut sebanyak 116 kes, konjunktivitis (99) dan demam virus (376). 

“Kesemua kes telah dirawat oleh pasukan perubatan di PPS dan keadaan kini terkawal.

“Kebanyakan kes dikesan di PPS daerah Pasir Mas, Machang dan Tumpat,” katanya kepada para wartawan di PPS Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjung hari ini.

Dr Zaini berkata beberapa pasukan daripada jabatannya telah digerakkan ke seluruh PPS bagi memantau keadaan mangsa banjir, khususnya memeriksa tahap kesihatan mereka yang dijangkiti penyakit daripada berjangkit kepada mangsa banjir lain.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita