Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 4.8 juta umat Islam tunai umrah sejak 30 Jul 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 4.8 juta umat Islam tunai umrah sejak 30 Jul 2022

(Gambar: Abdel Ghani Bashir/AFP)

MAKKAH: Lebih 4.8 juta umat Islam menunaikan umrah di Makkah, Arab Saudi sejak musim umrah bermula pada 1 Muharram 1444 Hijrah bersamaan 30 Julai 2022.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MOHU) menerusi laporan statistik yang dikeluarkan pada Selasa (15 Feb) menyatakan sejumlah 4,840,764 jemaah umrah tiba di negara itu setakat ini.

Daripada jumlah itu, seramai 4,258,151 jemaah antarabangsa sudahpun kembali ke tanah air masing-masing, sementara 582,613 lagi masih berada di negara berkenaan setakat Selasa (14 Feb).

“Daripada jumlah keseluruhan ketibaan, sebanyak 4,329,349 ketibaan melibatkan jemaah menggunakan laluan udara, manakala 507,430 ketibaan jemaah laluan darat,” katanya.

“Hanya 3,985 pergerakan jemaah dicatatkan menerusi laluan laut,” menurutnya lagi seperti yang dipetik Agensi Berita Saudi (SPA).

MOHU baru-baru ini mengumumkan umat Islam yang memiliki visa lawatan peribadi, ziarah dan pelancongan termasuk jenis lain yang membenarkan kemasukan ke Arab Saudi, boleh mengerjakan ibadah umrah, melakukan ziarah dan menunaikan solat di Raudhah selepas membuat tempahan slot melalui aplikasi NUSUK.

Tempoh visa umrah turut diumum dilanjutkan sehingga 90 hari berbanding 30 hari sebelum ini bagi kemasukan ke negara itu melalui jalan darat dan udara.
Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan