Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 4,700 miskin tegar dicatat di Johor; 83% kaum Melayu

Sebanyak 4,726 orang miskin tegar dengan lebih 83 peratus adalah kaum Melayu direkodkan di Johor setakat 31 Mei lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 4,726 orang miskin tegar dengan lebih 83 peratus adalah kaum Melayu direkodkan di Johor setakat 31 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail @ Md On berkata data berkenaan berdasarkan statistik Ketua Isi Rumah (KIR) dalam sistem eKasih di negeri itu. 

“Daripada 4,726 orang, sebanyak 3,926 orang kaum Melayu tergolong dalam miskin tegar diikuti kaum India (390), kaum Cina (305) dan kaum lain-lain (105),” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini (23 Jun).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Samsolbari Jamali (BN-Semarang) yang ingin tahu statistik didaftarkan dalam eKasih mengikut pecahan kaum dan daerah di Johor.

Cik Khairin-Nisa berkata bagi kaum Melayu, Batu Pahat muncul daerah mempunyai kadar miskin tegar tertinggi iaitu 777 orang, manakala Johor Bahru merekodkan daerah paling ramai kaum India miskin tegar iaitu 136 orang diikuti Cina 90 orang. 

“Kaum lain-lain yang terdiri daripada orang asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak adalah 48 orang, juga direkodkan di daerah Johor Bahru,” katanya sambil menambah sebanyak 20,790 orang telah berdaftar dalam eKasih setakat Mei lalu.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan