Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 460 kawasan di Selangor, Putrajaya dijangka alami gangguan bekalan air

Sebanyak 463 kawasan dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dihenti tugas berikutan pencemaran bau yang dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir pada 11.10 pagi tadi (31 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 460 kawasan di Selangor, Putrajaya dijangka alami gangguan bekalan air

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 31 Aug 2021 05:40PM Dikemas Kini : 31 Aug 2021 05:48PM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 463 kawasan dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dihenti tugas berikutan pencemaran bau yang dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir pada 11.10 pagi tadi (31 Ogos).

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata gangguan bekalan air itu meliputi lima wilayah Air Selangor iaitu 172 kawasan di Petaling, Hulu Langat (54), Sepang (194), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (20).

Beliau berkata pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi laman Air Selangor di www.airselangor.com serta aplikasi Air Selangor.

Menurut beliau, Air Selangor sedang bekerjasama dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak-anak sungai di sekitar sungai berkenaan.

Cik Elina menambah Air Selangor juga telahpun mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air kecemasan kepada para pengguna terjejas.

“Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID-19. Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi mengurangkan kesan gangguan kepada para pengguna yang terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden itu dari semasa ke semasa. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan