Lebih 45 peratus pekerja di Jepun tidak cukup tidur, berisiko alami kemurungan, menurut kajian
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: Freepik
TOKYO: Sejumlah 45.5 peratus pekerja di Jepun tidur kurang daripada enam jam sehari, menurut kajian terbaharu yang dijalankan di negara tersebut.
Menerusi kertas putih yang diluluskan oleh Kabinet Jepun awal bulan ini, 10 peratus responden mendakwa mereka tidur kurang daripada lima jam setiap malam, 35.5 peratus hanya tidur antara lima hingga enam jam, manakala 35.2 peratus antara enam hingga tujuh jam, lapor Xinhua.
Kajian itu melibatkan 10,000 pekerja, kira-kira 70 peratus daripada mereka yang mendapat jumlah tidur mencukupi tidak berisiko mengalami kemurungan atau kegelisahan.
Menurut kajian kementerian kesihatan, 27.4 peratus hingga 38.5 peratus pekerja yang tidak mendapat tidur yang cukup disyaki mengalami kemurungan atau kebimbangan.
Kementerian itu berkata terdapat keperluan untuk merombak tempoh waktu bekerja bagi membolehkan pekerja mendapat tidur yang cukup demi mengekalkan kesihatan mental.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.