Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 440,000 kanak-kanak Gaza sudah terima vaksin polio

Anggaran Waktu Membaca:
RAMALLAH: Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan pada Ahad bahawa 69 peratus kanak-kanak di Gaza, berumur hingga 10 tahun sudah menerima dos pertama vaksin polio, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Dalam satu kenyataan, kementerian itu menyatakan pencapaian tersebut dicapai dalam tempoh tujuh hari selepas melancarkan fasa pertama kempen vaksin polio.

Kempen yang sedang berlangsung di Deir al-Balah dan Khan Younis, serta kawasan sekitarnya, setakat ini sudah memberikan vaksin kepada 441,647 kanak-kanak, setakat petang Sabtu (7 Sep). Ini termasuk 49 peratus perempuan dan 51 peratus lelaki.

Kementerian itu menyatakan fasa pertama kempen vaksin akan diteruskan di Gaza dan Gaza Utara.

Pasukan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), tabah menawarkan vaksin, biarpun menghadapi serangan berterusan Israel dan cabaran keselamatan pergerakan antara pusat-pusat vaksin.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan