Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 43,000 mangsa banjir di empat negeri M'sia masih berada di Pusat Pemindahan Sementara

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Setakat pagi Ahad (12 Mac) seramai 43,136 mangsa banjir di empat negeri di Malaysia masih berada di Pusat-pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Di Johor, jumlah mangsa banjir di PPS berkurangan sedikit kepada 42,638 orang setakat 8.00 pagi Ahad berbanding 42,770 orang pada 8.00 malam Sabtu (11 Mac)

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor (JPBN) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan bahawa 12,049 keluarga masih menginap di 155 PPS yang beroperasi di empat daerah yang terjejas bencana alam itu. 

Batu Pahat terus menjadi daerah paling teruk terjejas banjir dengan jumlah mangsanya seramai 39,870 orang. Jumlah mangsa banjir di PPS Muar pula seramai 1,457 mangsa; di Tangkak 949 mangsa manakala di Segamat seramai 362 orang.

Ketinggian air di beberapa bahagian empat batang sungai di Batu Pahat masih melepasi aras bahaya. Sungai-sungai itu ialah Bekok, Senggarang dan Sungai Sungai Muar.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir di daerah Jasin terus berkurangan. Pagi ini hanya 238 orang daripada 55 keluarga masih berada di PPS berbanding 259 orang pada 8.00 malam semalam.

Sekretariat JPBN Melaka dalam satu kenyataan pada 12 Mac menyatakan kesemua mangsa ditempatkan di lima PPS.

Di Pahang, aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyatakan jumlah mangsa banjir pagi ini tidak berubah daripada malam tadi iaitu 169 orang di dua PPS di Rompin. 

PPS SK Kampung Aur menempatkan 62 mangsa daripada 24 keluarga manakala 107 mangsa daripada 35 keluarga berada di PPS SK Leban Chondong. 

Di Sarawak, dua PPS dibuka di kawasan Kuching yang menampung 91 mangsa banjir daripada 18 keluarga.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan