Lebih 40,000 kes jangkitan 'kulat hitam' dilaporkan di India
India melaporkan kira-kira 40,845 kes jangkitan 'kulat hitam', yang setakat ini sudah meragut lebih 3,000 nyawa, kata Menteri Kesihatan Harsh Vardhan.
(Gambar: AFP)
NEW DELHI: India melaporkan kira-kira 40,845 kes jangkitan 'kulat hitam', yang setakat ini sudah meragut lebih 3,000 nyawa, kata Menteri Kesihatan Harsh Vardhan.
"Daripada jumlah kes yang dilaporkan seramai 3,129 orang meninggal dunia akibat penyakit itu," kata Vardhan dalam satu taklimat, lapor Sputnik.
Sebanyak 32 peratus pesakit berusia antara 18 dan 45 tahun, 42 peratus pula berusia 45 hingga 60 tahun manakala lagi 24 peratus berusia 60 tahun ke atas.
Kebanyakan kes dikesan di Maharashtra, Kerala, Tamil Nadu, Bengal Barat dan Odisha, yang turut melaporkan peningkatan kes jangkitan COVID-19.
'Mucormycosis', atau 'kulat hitam' adalah jangkitan kulat yang menyerang bahagian sinus, otak dan paru-paru, dikatakan mempunyai kadar kematian 50 peratus.
Pesakit kencing manis atau mereka yang mempunyai imuniti rendah selepas dijangkiti penyakit lain, termasuk COVID-19, berisiko tinggi untuk dijangkiti 'mucormycosis'.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.