Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 340,000 kanak-kanak di M'sia terima dos pertama vaksin COVID-19

Kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 340,000 kanak-kanak di M'sia terima dos pertama vaksin COVID-19

Gambar fail kanak-kanak di Sarawak sedang menerima suntikan vaksin COVID-19. (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 341,960 atau 9.6 peratus bilangan penduduk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudahpun menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Khamis (17 Feb).

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 13,728,147 atau 58.3 peratus populasi dewasa di dalam negara pula sudah menerima dos penggalak COVID-19, seramai 22,941,779 individu atau 97.5 peratus lengkap divaksin, manakala 23,218,655 atau 98.7 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,797,767 individu atau 89.9 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,880,352 atau 92.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada Khamis (17 Feb), sebanyak 173,669 dos vaksin diberikan meliputi dos pertama sebanyak 54,398 termasuk 51,556 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, 1,544 dos kedua dan 117,727 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah PICK meningkat kepada 65,702,191 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 39 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Selangor melaporkan 16 kes, Sabah (14 kes) manakala Kelantan, Pahang serta Perak (masing-masing dua kes) dan masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Melaka dan Kedah.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan