Skip to main content

Dunia

Lebih 33.8 juta hidangan iftar dihidangkan di Masjidil Haram & Masjid Nabawi sepanjang Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Lebih 33.8 juta hidangan iftar diagihkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sepanjang Ramadan 1447 Hijrah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Pengagihan itu mencerminkan keprihatinan Kerajaan Arab Saudi terhadap jemaah dan komitmennya dalam menyediakan suasana kerohanian yang bersepadu.

Operasi pengagihan iftar dijalankan di bawah sistem perkhidmatan bersepadu yang diselia oleh Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, dengan lokasi yang teratur serta piawaian kesihatan bagi memastikan pengagihan yang lancar dan selamat untuk jemaah serta pengunjung umrah, terutamanya semasa waktu puncak sebelum solat maghrib.

Usaha itu menunjukkan penyelarasan berkesan dalam pengurusan orang ramai dan perkhidmatan operasi, sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan di dua masjid suci tersebut selaras dengan Visi Saudi 2030.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita