Lebih 30 penunjuk perasaan, anggota polis cedera susuli bantahan ganas di Bangkok
Lebih 30 penunjuk perasaan dan anggota polis cedera semasa bantahan ganas di ibu kota Bangkok, siang tadi (21 Mac).

(Gambar: Reuters/Chalinee Thirasupa)
BANGKOK: Lebih 30 penunjuk perasaan dan anggota polis cedera semasa bantahan ganas di ibu kota Bangkok, siang tadi (21 Mac).
Sekurang-kurangnya 20 aktivis anti-kerajaan turut diberkas.
Mereka menghadapi tuduhan mencabuli undang-undang perhimpunan awam dan menghina raja.
Ribuan orang menunjuk perasaan di luar istana raja, menyeru pembebasan para aktivis yang ditahan serta menuntut pembaharuan kerajaan.
Namun ketegangan tercetus dengan pihak polis melepaskan meriam air, gas pemedih mata dan tembakan peluru getah, dalam usaha menyuraikan orang ramai.
Pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pasukan polis berterusan beberapa jam dengan para aktivis kelihatan melempar bom asap dan mercun ke arah pasukan keselamatan.
Gambar-gambar raja Thai juga dirosakkan dengan pihak polis bertegas para penunjuk perasaan yang mencetuskan keganasan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.