Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 2,760 jemaah haji 'letih kepanasan': Kementerian kesihatan Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan amaran, suhu boleh menjadi lebih tinggi di Makkah, dengan hari ini sahaja, cuaca dijangka mencecah 49 darjah Celsius.

Kementerian kesihatan Saudi menyatakan pada Ahad (17 Jun), lebih 2,760 kes letih akibat kepanasan dilaporkan.

Sebilangan jemaah haji sudahpun dilapor meninggal dunia di Arab Saudi sejauh ini ekoran cuaca panas.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Jordan, 14 jemaahnya maut akibat "strok haba ekoran cuaca panas teruk", manakala lagi 17 dilaporkan hilang.

Lima jemaah dari Iran juga dipercayai meninggal dunia semasa menunaikan ibadah Haji.

Tahun lalu, lebih 10,000 jemaah dilapor sakit ekoran cuaca panas atau haba semasa mengerjakan haji, dengan 10 peratus atau 1,000 daripadanya akibat strok haba.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan