Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 270 orang mati akibat kerja terlalu teruk semasa pilihan raya Indonesia

10 hari selepas Indonesia mengadakan pilihan raya terbesar di dunia, lebih 270 kakitangan pilihan raya itu meninggal dunia. Kebanyakannya berkaitan dengan keletihan yang disebabkan tugas mengira jutaan kertas undi selama berjam-jam lamanya, menurut seorang pegawai pada Ahad (28 April) .

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 270 orang mati akibat kerja terlalu teruk semasa pilihan raya Indonesia

Para kakitangan KPU Indonesia (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 28 Apr 2019 08:12PM Dikemas Kini : 28 Apr 2019 08:16PM

JAKARTA: 10 hari selepas Indonesia mengadakan pilihan raya terbesar di dunia, lebih 270 kakitangan pilihan raya itu meninggal dunia. Kebanyakannya berkaitan dengan keletihan yang disebabkan tugas mengira jutaan kertas undi selama berjam-jam lamanya, menurut seorang pegawai pada Ahad (28 April) .

Pilihan raya yang diadakan pada 17 April itu adalah kali pertama Indonesia yang mempunyai 260 juta penduduk mengadakannya serentak dengan pilihan raya presiden dan pilihan raya umum pada hari yang sama untuk mengurangkan kos.

Undian secara amnya berjalan dengan aman dan dianggarkan 80 peratus daripada 193 juta rakyat keluar mengundi. Setiap pengundi diberi lima kertas undi untuk membuat pilihan di lebih 800,000 pusat mengundi.

Ini melibatkan operasi besar-besaran bagi pegawai pemerintah yang perlu mengira kertas undi satu persatu.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia, Encik Arief Priyo Susanto, setakat Sabtu malam, 272 pegawai pilihan raya meninggal dunia, kebanyakannya akibat penyakit yang berkaitan bekerja terlalu teruk. 1,878 yang lain pula jatuh sakit.

Kementerian Kesihatan mengeluarkan makluman nasihat pada 23 April yang menggesa pusat-pusat penjagaan kesihatan untuk memberi jagaan terbaik kepada pekerja pilihan raya yang sakit, manakala Kementerian Kewangan pula sedang berusaha memberi pampasan kepada keluarga pekerja yang meninggal dunia, kata Encik Susanto.

KPU dikritik hebat akibat jumlah kematian yang meningkat itu.

"KPU tidak membuat perancangan yang baik dalam menguruskan beban kerja kakitangan," kata Encik Ahmad Muzani, timbalan pengerusi kempen Encik Prabowo Subianto , lapor laman berita Kumparan.com.

KPU akan selesai menjalankan kiraan undi dan mengumumkan pemenang presiden dan parlimen pada 22 Mei. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan