Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 250,000 bukan penduduk Makkah & pemegang visa lawatan diarah berpatah balik jelang kemuncak haji

Anggaran Waktu Membaca:
MINA: Jurucakap keselamatan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Kolonel Talal Al-Shalhoub, mengumumkan 250,381 ribu bukan penduduk Makkah telah diarah berpatah balik setakat semalam(14 Jun).

Lagi 256,481 pemegang visa pelawat pula dihalang daripada memasuki kawasan Makkah dalam tempoh dari 4 Mei lalu sehingga semalam iaitu sehari sebelum kemuncak ibadah haji hari ini iaitu wukuf di padang Arafah.

135,098 kenderaan dan lagi 6,135 pesalah turut ditahan dalam tempoh yang sama.

Beliau turut menegaskan pihak berkuasa tidak akan membenarkan tapak-tapak suci Islam di negara itu dijadikan tapak bagi menyampaikan cogan-cogan kata yang tiada kaitan dengan undang-undang Syariah.

“Pasukan keselamatan akan berdiri teguh menentang sebarang percubaan mengganggu keselamatan para jemaah haji dan akan bertindak tegas terhadap sesiapa yang bertanggungjawab. Keselamatan para tetamu Allah itu adalah garisan merah yang tidak boleh dibiarkan," tambah Kolonel Al-Shalhoub semasa satu sidang media di Mina.

Menurut laporan Saudi Gazette,Kolonel Al-Shalhoub juga mengumumkan perlaksanaan fasa pertama pelan pengangkutan para jemaah haji ke tapak tapak Islam di merata Makkah berjalan dengan lancar.

Ini termasuk pergerakan ke padang Arafah bagi ibadah berwukuf mulai tengah hari ini waktu Saudi.
 
Sumber : Agensi berita/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan