Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 2.5 juta jemaah hadiri majlis khatam al-Quran di Makkah, Madinah

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 2.5 juta jemaah hadiri majlis khatam al-Quran di Makkah, Madinah

Gambar: SPA/AFP

Diterbitkan : 09 Apr 2024 10:09AM Dikemas Kini : 09 Apr 2024 10:12AM
MAKKAH: Lebih 2.5 juta jemaah berhimpun di Majidil Haram di Makkah untuk mendirikan solat Isyak dan tarawih pada malam ke-29 Ramadan, di samping menghadiri majlis khatam al-Quran.

Masjidil Haram dibanjiri dengan orang ramai sejak tengah malam, sedang para jemaah datang berduyun-duyun untuk menunaikan solat serta turut serta dalam majlis tersebut.

Ketika menjadi imam, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais memanjatkan doa agar Allah mengampunkan dan melindungi semua umat Islam pada malam penuh rahmat itu.
Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Agama di Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi telah membuat aturan menyeluruh bagi menjaga keselesaan dan kemudahan kesemua jemaah. Ini termasuk aturan bagi troli pengangkutan, usaha rapi pembersihan dan pembasmian kuman, dan pengurusan kawasan solat yang berkesan.

Para jemaah turut meluahkan penghargaan mereka atas perkhidmatan cemerlang yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi, sambil memuji dedikasi barisan pemimpin kedua-dua masjid suci itu. Mereka terutamanya menghargai prasarana yang menjadikan pengalaman beribadah mereka lebih selesa, seperti tangga bergerak, alat penghawa dingin, dan proses keluar masuk yang teratur.

Para jemaah juga mendoakan keberkatan ke atas Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, atas komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi dalam menjaga kebajikan masjid dan tetamu Allah.

Sementara itu, Masjid Nabawi turut menyaksikan berlangsungnya majlis khatam al-Quran semasa solat tarawih. Sheikh Salah Al-Budair yang memimpin solat tersebut, meminta pengampunan untuk seluruh umat Islam.

Pihak Berkuasa Am telahpun membuat persiapan rapi untuk memastikan kemudahan kemasukan jemaah, di samping keselamatan dan keselesaan mereka melalui laluan akses yang teratur dan kemudahan seperti pengagihan air Zamzam dan penyediaan tempat duduk khusus bagi golongan warga emas.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan