Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 2.5 juta dirikan solat khatam al-Quran di Makkah

Anggaran Waktu Membaca:

MAKKAH: Lebih 2.5 juta umat Islam, termasuk jemaah Umrah dan pengunjung, menunaikan solat khatam al-Quran pada Rabu (20 Apr), iaitu malam ke-28 Ramadan, di Masjidil Haram di Makkah. 

Presiden Umum Urusan Dua Masjid Suci di Arab Saudi, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais, adalah imam solat khatam al-Quran di Masjidil Haram di mana lebih dua juta umat Islam mengikutnya, lapor Saudi Gazette.

Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dan halamannya serta jalan raya di sekitar masjid-masjid itu dibanjiri dengan umat Islam. 

Sheikh Al-Sudais semasa menjadi imam memohon doa agar Tuhan mengampunkan semua umat Islam pada malam penuh rahmat itu dan menyelamatkan mereka daripada api neraka.

Beliau turut mendoakan keselamatan dan kestabilan Arab Saudi, para pemimpinnya serta negara-negara Islam dan melindungi mereka daripada kejahatan. 

Umat Islam membanjiri Masjidil Haram sejak awal pagi Rabu. Semua tingkat dan kawasan di Masjidil Haram penuh sesak dengan para jemaah membanjiri halaman dan jalan-jalan raya sekitarnya.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan