Skip to main content

Dunia

Lebih 230,000 bungkusan buka puasa disediakan di Masjid Nabawi setakat ini

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 230,000 bungkusan buka puasa disediakan di Masjid Nabawi setakat ini

(Gambar: Saudi Gazette)

Diterbitkan : 01 Apr 2023 05:19PM Dikemas Kini : 01 Apr 2023 05:39PM
MADINAH: Lebih 230,000 bungkusan makanan untuk iftar atau berbuka puasa disediakan di Masjid Nabawi sejak bulan Ramadan bermula, bulan lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Khidmat Iftar Masjid Nabawi, Walid Al Jihani, ini untuk para jemaah yang berbuka di dalam mahupun di sekeliling masjid suci kedua dalam Islam itu.

Hanya makanan ringan seperti kurma, roti dan minuman seperti teh, kopi dibenarkan di dalam Masjid Nabawi.

Kiriman bungkusan berbuka yang disediakan beberapa yayasan kebajikan hasil derma orang ramai, tiba seawal sejam sebelum masuk waktu Maghrib di Madinah.

Bungkusan-bungkusan makanan yang dibawa kemudian dibahagi-bahagikan sebelum tibanya waktu berbuka.

Orang ramai boleh memilih untuk berbuka di dalam atau kawasan luar masjid untuk berbuka beramai-ramai.

Penduduk Makkah, Muhammad Sofi Aw berkata: "Jadi yang pertama ada air mineral, yogurt, air zam zam, ada sudu, dugu yang dulu dengan roti, tisu dan tentunya kurma."

Seperti tahun-tahun sebelumnya, hanya makanan ringan dibenarkan di dalam Masjid Nabawi dan lazimnya orang ramai akan pulang ke hotel atau penginapan masing-masing untuk menikmati juadah lebih berat seperti nasi.

Maka itu, pada setiap Ramadan, waktu solat Isyak di Saudi akan dilewatkan sejam daripada biasa untuk memberikan lebih banyak masa untuk orang ramai berbuka.

Selepas selesai berbuka, semua safra atau plastik alas makanan serta sampah sarap akan dibersihkan dalam masa lima minit sebelum solat Maghrib dikerjakan.
Sumber : Agensi berita/AA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita