Skip to main content

Dunia

Lebih 21,000 pelajar di M'sia berhenti sekolah sejak Mac 2020

Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik terkejut dan terkilan apabila mendapati sejumlah 21,316 pelajar di negara itu berhenti sekolah sejak Mac 2020 hingga Julai tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 21,000 pelajar di M'sia berhenti sekolah sejak Mac 2020

Para pelajar memakai pelitup di sebuah sekolah di Shah Alam. (Gambar fail: Lim Huey Teng/Reuters)

Diterbitkan : 05 Dec 2021 06:37PM Dikemas Kini : 05 Dec 2021 06:44PM

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik terkejut dan terkilan apabila mendapati sejumlah 21,316 pelajar di negara itu berhenti sekolah sejak Mac 2020 hingga Julai tahun ini.

Melalui catatan di Twitter, bekas Menteri Pendidikan Malaysia itu turut melampirkan jawapan bertulis oleh Menteri Kanan Pendidikan Senator Mohd Radzi Md Jidin sebagai respons soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad di Parlimen.

“Apakah yang telah berlaku kepada Malaysia?" soalnya.

Dalam soalan bertulis itu, Noor Amin meminta Mohd Radzi menyatakan jumlah pelajar yang berhenti sekolah dari Mac 2020 sehingga kini.

Mohd Radzi menjelaskan, berdasarkan data bagi tempoh Mac hingga Disember 2020, murid yang berhenti sekolah adalah seramai 11,301 orang atau 0.24 peratus murid manakala bagi tempoh Januari hingga Julai 2021, seramai 10,015 orang atau 0.21 peratus murid direkodkan berhenti sekolah.

Ini bermakna jumlah keseluruhan murid yang berhenti persekolahan bagi tempoh Mac 2020 hingga Julai 2021 adalah 21,316 orang atau 0.22 peratus murid.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendefinisikan keciciran daripada sistem pendidikan sebagai situasi yang mana murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) namun keluar daripada sistem sebelum tamat atau menghabiskan tempoh pendidikan.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita