Lebih 200,000 penduduk Gaza terjejas banjir: PBB
Lebih 200,000 penduduk di Carikan Gaza terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat pada hujung minggu lalu, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).
Lebih 200,000 penduduk di Carikan Gaza terjejas akibat banjir menyusuli hujan lebat yang melanda wilayah tersebut. (Gambar: REUTERS)
- Heavy rain over the weekend caused flooding in the Gaza Strip, affecting more than 200,000 residents in need of assistance, OCHA said on Tuesday, 10 November.
- The disaster damaged more than 40,000 family shelters, 900 toilets and nine health amenities; UNICEF also reported that a woman and three children were killed when a sand dune collapsed onto a tent.
- The UN estimates that 950,000 people without homes are in flood-risk areas, including 400,000 in areas at very high risk, nearly half of them children.
- Aid workers identified 245 shelter sites and 23 routes requiring heavy machinery, but Israeli access restrictions and a lack of evacuation sites are making it difficult to deliver aid; agencies have asked for funding and permission to bring in fuel and spare parts.
- Hujan lebat pada hujung minggu lalu menyebabkan banjir di Carikan Gaza, menjejaskan lebih 200,000 penduduk yang memerlukan bantuan, menurut OCHA pada Selasa, 10 November.
- Bencana itu merosakkan lebih 40,000 tempat perlindungan keluarga, 900 tandas dan sembilan kemudahan kesihatan; UNICEF turut melaporkan seorang wanita dan tiga kanak-kanak maut selepas bukit pasir runtuh menimpa khemah.
- PBB menganggarkan 950,000 orang tanpa kediaman berada di kawasan berisiko banjir, termasuk 400,000 di zon berisiko amat tinggi, hampir separuh daripadanya kanak-kanak.
- Pekerja bantuan mengenal pasti 245 tapak perlindungan dan 23 laluan yang memerlukan jentera berat, tetapi sekatan akses Israel dan kekurangan lokasi pemindahan menyukarkan bantuan; agensi meminta dana serta kebenaran membawa masuk minyak dan alat ganti.
MOSKO: Lebih 200,000 penduduk di Carikan Gaza terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat pada hujung minggu lalu, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).
“Anggaran awal menunjukkan lebih 200,000 orang mungkin terjejas dan memerlukan bantuan kemanusiaan. Setakat semalam, kerosakan dilaporkan membabitkan lebih 40,000 tempat perlindungan keluarga, lebih 900 tandas serta sembilan kemudahan kesihatan,” menurut OCHA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa (10 Nov).
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 950,000 orang yang tiada kediaman kini tinggal di kawasan berisiko banjir, dengan 400,000 daripada mereka berada di zon berisiko amat tinggi. Hampir separuh daripada jumlah tersebut terdiri daripada kanak-kanak.
Pada Isnin, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan hujan lebat di tengah Gaza menyebabkan sebuah bukit pasir runtuh menimpa sebuah khemah, mengorbankan seorang wanita dan tiga kanak-kanak berusia empat, lima serta lapan tahun.
Pekerja bantuan kemanusiaan sudah mengenal pasti sebanyak 245 tapak perlindungan sementara dan 23 laluan jalan raya yang memerlukan campur tangan segera menggunakan jentera berat, terutamanya di Gaza City dan kawasan utara wilayah tersebut.
Pertubuhan kemanusiaan turut memberi amaran mengenai kekurangan lokasi untuk memindahkan penduduk sekiranya kediaman mereka dinaiki air atau musnah akibat serangan tentera.
Keadaan tersebut diburukkan lagi oleh tindakan pihak berkuasa Israel yang terus menyekat akses rakyat Palestin ke kawasan yang melangkaui "garisan kuning", sekali gus menyebabkan sebahagian besar Carikan Gaza tidak boleh diakses.
Selain itu, agensi-agensi berkenaan menekankan keperluan mendesak terhadap penyaluran dana segera serta kebenaran daripada Israel untuk membawa masuk jentera berat, minyak enjin dan alat ganti bagi memastikan kenderaan, peralatan serta penjana sokongan dapat terus berfungsi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.