Lebih 200,000 berhimpun di Manila pada hari kedua tunjuk perasaan antirasuah
Anggaran Waktu Membaca:
MANILA: Lebih 200,000 penunjuk perasaan turun padang pada Isnin (17 Nov), masuk hari kedua perhimpunan antirasuah diadakan di Filipina bagi menuntut kebertanggungjawaban berhubung tuduhan berlaku rasuah dalam projek pencegahan banjir.
Kontroversi itu, yang menjejas keyakinan para pelabur, dipersalahkan oleh beberapa penganalisis sebagai faktor di sebalik pertumbuhan ekonomi terendah dalam tempoh empat tahun pada suku ketiga, berikutan perbelanjaan awam yang hambar.
Ramai penunjuk perasaan mendirikan khemah untuk bermalam sehingga Selasa, iaitu hari terakhir tunjuk perasaan yang menarik lebih 600,000 orang diadakan sejak ia bermula pada Ahad. Tunjuk perasaan itu dianjurkan oleh Iglesia Ni Cristo, sebuah gereja dengan 2 juta ahli, yang terkenal dengan undi berkumpulan (bloc voting).
"Dedahkan perbuatan jahat," dan "berhimpun demi ketelusan dan demokrasi," antara kandungan pada sepanduk yang dibawa oleh para penunjuk perasaan, kebanyakannya berpakaian serba putih dan terdiri daripada ahli gereja tersebut.
Perhimpunan dua hari itu sebahagian besarnya diadakan secara aman, walaupun para peserta menyuarakan rasa kecewa terhadap siasatan yang disifatkan sebagai tidak berkesan terhadap penyelewengan dalam projek prasarana utama.
"Kami menyeru pemerintah untuk menjalankan siasatan yang telus dan ikhlas, dan tidak melindungi sesiapa yang terlibat dalam kontroversi ini," kata Freddie Beley, 60 tahun, salah seorang penunjuk perasaan.
Pada Khamis, Presiden Ferdinand Marcos Jr berjanji bahawa mereka yang bertanggungjawab ke atas projek itu akan dipenjarakan sebelum Krismas. Skandal itu tersebar luas sejak ia terbongkar pada Ogos mengenai penyelewengan yang dikesan dalam audit projek kawalan banjir.
Ia melibatkan pegawai awam, eksekutif firma binaan utama, dan ahli parlimen, yang didakwa menjadi kaya melalui projek banjir yang tidak menepati piawai, atau dalam sesetengah kes, tidak wujud sama sekali.
Encik Marcos menubuhkan sebuah panel untuk menyiasat dakwaan rasuah terhadap projek-projek itu, yang menumpukan perhatian kepada kawalan banjir.
Anak kepada mantan pemimpin yang dituduh melakukan rasuah secara meluas semasa pemerintahannya, Encik Marcos menyifatkan tindakan kerasnya sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk menuntut kebertanggungjawaban dan ketelusan.
Terdapat kekurangan kebertanggungjawaban, kata penunjuk perasaan Armelyn Bandril, 35 tahun.
"Hampir 100 hari sudah berlalu sejak proses itu bermula, namun tiada sesiapa yang dipenjarakan," tambahnya. "Ini sekalipun terdapat begitu banyak bukti."

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.