Lebih 20,000 pesakit Gaza masih menunggu dibawa keluar untuk dapatkan rawatan dek sekatan di Rafah
Lebih 20,000 rakyat Palestin yang sakit dan cedera di Carikan Gaza sedang menunggu dibawa ke luar bagi mendapatkan rawatan menyusuli Israel terus mengendalikan lintasan sempadan Rafah dengan Mesir di bawah sekatan ketat, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad (15 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
GAZA CITY: Lebih 20,000 rakyat Palestin yang sakit dan cedera di Carikan Gaza sedang menunggu dibawa ke luar bagi mendapatkan rawatan menyusuli Israel terus mengendalikan lintasan sempadan Rafah dengan Mesir di bawah sekatan ketat, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad (15 Feb).
Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan pihaknya memantau rapat operasi lintasan sempadan berkenaan yang masih berjalan secara separa dan terhad ketika keadaan kesihatan di Gaza semakin merosot, lapor Anadolu Ajansi.
Israel membuka semula bahagian Palestin di lintasan sempadan Rafah pada 2 Februari lalu selepas mendudukinya sejak Mei 2024, namun di bawah syarat yang sangat ketat.
Kementerian itu menyatakan bahawa lebih 20,000 pesakit dan individu cedera berdaftar dalam senarai perjalanan, termasuk pesakit barah kritikal, jantung dan kegagalan buah pinggang.
Ramai dalam kalangan yang cedera memerlukan prosedur pembedahan lanjutan yang tidak tersedia di dalam Gaza berikutan sekatan dan serangan berulang terhadap sistem jagaan kesihatan, tambah kementerian itu.
Walaupun Israel mengumumkan pembukaan semula lintasan sempadan itu, jumlah individu yang dibenarkan keluar kekal terhad dan tidak sepadan dengan skala malapetaka kesihatan yang berlaku, katanya.
Kementerian itu turut memaklumkan pihaknya menerima “testimoni menyayat hati” daripada pesakit dan individu cedera yang berjaya keluar bagi mendapatkan rawatan di luar negara, yang melaporkan tentang langkah sekatan serta komplikasi yang tidak munasabah dikenakan oleh Israel, sekali gus memburukkan lagi penderitaan psikologi dan fizikal mereka.
Pada 5 Februari, Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di wilayah Palestin yang diduduki memaklumkan bahawa mereka yang pulang memberitahu selepas melintasi sempadan, lelaki Palestin bersenjata yang disokong tentera Israel membawa mereka ke pusat pemeriksaan tentera Israel.
Di sana ada antara mereka yang digari, ditutup mata, diugut serta barangan milik mereka dirampas.
Sebagai respons terhadap laporan itu, dua pertubuhan hak asasi manusia Israel, Adalah dan Gisha, menggesa supaya “dasar penderaan dan sekatan menyalahi undang-undang” yang dikenakan ke atas penduduk Gaza yang cuba pulang melalui Rafah dihentikan, sambil memberi amaran bahawa langkah berkenaan bersamaan dengan “pemindahan secara paksa”.
Kementerian Kesihatan Gaza memberi amaran bahawa mekanisme terhad yang berterusan di Rafah, selain mengehadkan jumlah pengembara dan melambatkan pemindahan perubatan, mengancam nyawa ribuan pesakit serta memburukkan krisis kemanusiaan.
Ia menggesa supaya lintasan sempadan itu dibuka secara kekal dan berkala bagi memastikan pesakit serta individu cedera dapat melakukan perjalanan tanpa sekatan atau kelewatan.
Kementerian itu turut menyeru pemindahan segera kes-kes kritikal dan peningkatan jumlah individu yang dibenarkan keluar selaras dengan keperluan perubatan terkumpul, serta menggesa badan antarabangsa dan kemanusiaan campur tangan bagi menjamin hak pesakit untuk mendapatkan rawatan dan melakukan perjalanan mengikut undang-undang antarabangsa.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.