Skip to main content

Dunia

Lebih 20,000 barangan tiruan untuk jualan hari raya dirampas

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menyita sebanyak 22,207 unit pakaian dan kasut berjenama tiruan yang dianggarkan bernilai RM850,000 (S$273,666) dalam operasi pada 29 Mac lalu.

Pengarahnya Ariffin Samsudin berkata serbuan ke atas tiga premis pemborong dan sebuah gudang itu dijalankan selepas menerima aduan daripada wakil pemilik cap dagangan terbabit.

"Serbuan ke atas tiga premis di kompleks pemborong di Jalan Kenanga dan gudang di Taman Kencana dijalankan selepas risikan selama seminggu," katanya pada sidang media Op Barangan Tiruan di Stor Eksibit KPDNHEP WPKL di Segambut semalam (4 Apr).

Beliau berkata hasil maklumat mendapati barangan terbabit adalah untuk penjualan sempena Aidilfitri tahun ini dan kasut yang diperoleh daripada pembekal pada harga RM30 (S$9.66) hingga RM80 (S$25.76) sepasang itu dijual di pasaran pada harga RM100 (S$32.20) hingga RM250 (S$80.49) sepasang.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM15,000 (S$4,829) untuk setiap barangan bagi kesalahan pertama serta RM30,000 (S$9,658) bagi setiap barangan untuk kesalahan kedua dan seterusnya.

Kes itu turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Encik Ariffin menasihati orang ramai agar tidak terlibat dalam urus niaga barangan tiruan bagi menghormati hak intelektual pengeluar dan hukuman berat boleh dikenakan ke atas individu atau syarikat yang melanggar undang-undang yang ditetapkan.

Sumber : Bernama/AW/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita