Lebih 2,000 wartawan maut dalam 20 tahun, dedah kumpulan pemantau media
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Pexels)
GENEVA: Lebih 2,000 wartawan terbunuh di seluruh dunia, dengan purata 100 orang setiap tahun dalam tempoh dua dekad.
Demikian menurut Press Emblem Campaign (PEC) pada Selasa, lapor Agensi Anadolu (AA).
“Ini adalah jumlah yang sangat besar,” kata Presiden PEC Blaise Lempen sempena ulang tahun ke-20 kumpulan pemantau yang berpusat di Geneva itu.
“Kebimbangan utama kami adalah kekebalan yang menjadi sifat kebanyakan pelaku jenayah terhadap wartawan,” katanya.
PEC menyatakan bahawa puncak tahunan dalam jumlah mangsa sepanjang 20 tahun lepas adalah berkaitan dengan konflik bersenjata.
Konflik-konflik berkenaan termasuk perang di Iraq sejak 2003, perang di Syria sejak 2011, perang di Ukraine pada 2022, dan konflik di Gaza sejak Oktober 2023.
“Konflik Israel-Palestin sejak 7 Oktober 2023 adalah konflik paling dahsyat bagi media dalam tempoh masa yang singkat (lapan bulan), dengan hampir 130 mangsa,” dedah PEC.
“Ini adalah setara dengan jumlah mangsa yang dicatat dalam perang saudara Syria antara 2011 dan 2020 (130 wartawan terbunuh),” tambahnya.
Secara keseluruhan, Mexico adalah negara paling berbahaya dengan jumlah mangsa tertinggi antara 2004 dan 2023, dengan lebih 200 wartawan terbunuh dalam tempoh 20 tahun.
Negara paling berbahaya seterusnya sejak 2004 adalah Palestin (Gaza dan Tebing Barat), Syria, Iraq, Pakistan, Afghanistan, Filipina, India, Honduras, dan Somalia, menurut kumpulan itu.
Dari sudut positif, PEC menunjukkan kemajuan yang jelas dalam meningkatkan kesedaran tentang masalah tersebut kepada pertubuhan antarabangsa dan kerajaan.
Kumpulan itu menyatakan UNESCO sudah merangka pelan untuk keselamatan wartawan, dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Majlis Hak Asasi Manusia juga menerima pakai beberapa resolusi.
“Walau bagaimanapun, usaha diplomatik ini terus menghadapi kegagalan untuk menghormati undang-undang kemanusiaan dalam konflik bersenjata, yang sepatutnya melindungi orang awam,” tegas PEC.
Kempen itu menegaskan ketiadaan siasatan bebas dan kekurangan kemahuan politik oleh pihak berkuasa di negara-negara yang terlibat.
PEC sudah mendapat status perundingan khas dengan PBB sejak 2010. Ia dikendalikan oleh jawatankuasa pemandu yang terdiri daripada 10 ahli dan mengekalkan rangkaian koresponden di seluruh dunia.
Pada 2 Jun, PEC menyatakan kebimbangan tentang tanda-tanda penapisan politik dan penganiayaan terhadap wartawan di Ukraine di tengah-tengah pencerobohan besar-besaran oleh jiran mereka, Rusia.
“Amalan terhadap wartawan yang telah mula digunakan oleh pihak berkuasa Ukraine melangkaui langkah berjaga-jaga yang diperlukan dalam masa perang,” tulis PEC dalam satu kenyataan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.