Lebih 2,000 pesakit di Carikan Gaza meninggal dunia menunggu rawatan, pemindahan perubatan
Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah kumulatif kematian di Carikan Gaza sejak 7 Oktober 2023 mencecah 74,392 orang manakala 175,440 lagi cedera. (Gambar fail: REUTERS)
Over 2,000 patients in the Gaza Strip die while waiting for treatment and medical evacuation
- Mohammed Abu Afash said 2,027 patients in the Gaza Strip died while waiting for treatment and medical evacuation due to border closures and supply restrictions.
- More than 21,000 patients still require evacuation, but no patients were taken out through Rafah in the previous five days.
- Gaza's hospitals face shortages of laboratories, radiology services, operating theatres, medicines and supplies, with only 227 of the 574 health centres that existed before the conflict still operating.
- Gaza health authorities reported that the death toll continued to rise, including 1,501 deaths since the October 2025 ceasefire and 74,392 since Oct 7, 2023.
- Mohammed Abu Afash berkata 2,027 pesakit di Carikan Gaza meninggal dunia ketika menunggu rawatan dan pemindahan perubatan akibat penutupan sempadan serta sekatan bekalan.
- Lebih 21,000 pesakit masih memerlukan pemindahan, namun tiada pesakit dibawa keluar melalui Rafah dalam lima hari sebelumnya.
- Hospital Gaza kekurangan makmal, radiologi, bilik pembedahan, ubat dan bekalan, dengan hanya 227 daripada 574 pusat kesihatan sebelum konflik masih beroperasi.
- Pihak berkuasa kesihatan Gaza melaporkan korban terus meningkat, termasuk 1,501 kematian sejak gencatan senjata Oktober 2025 dan 74,392 sejak 7 Oktober 2023.
GAZA: Seramai 2,027 pesakit di Carikan Gaza meninggal dunia ketika menunggu rawatan dan pemindahan perubatan menyusuli penutupan berterusan pintu sempadan serta sekatan kemasukan ubat-ubatan dan bekalan perubatan, menurut seorang pegawai perubatan pada Rabu (14 Okt), lapor Xinhua.
Pengarah Bantuan Perubatan di Gaza City Mohammed Abu Afash memberitahu radio Voice of Palestine bahawa lebih 21,000 pesakit memerlukan pemindahan perubatan.
Beliau berkata tiada pesakit dibawa keluar dari wilayah itu menerusi pintu sempadan Rafah dalam tempoh lima hari sebelumnya.
Encik Mohammed berkata penutupan pintu sempadan dan kelewatan pemindahan perubatan memburukkan keadaan pesakit serta mengakibatkan komplikasi serius, khususnya dalam kalangan mereka yang menghidap barah, kegagalan buah pinggang, penyakit jantung dan penyakit kronik lain.
Beliau berkata hospital di seluruh Carikan Gaza berdepan kekurangan sumber perubatan dan bekalan diagnostik yang serius, termasuk perkhidmatan makmal dan radiologi, bilik pembedahan, ubat-ubatan serta bekalan perubatan lain. Kekurangan itu menyebabkan pesakit tidak dapat menerima rawatan sewajarnya.
Sebelum konflik tercetus, Carikan Gaza mempunyai lebih 574 pusat kesihatan yang beroperasi, namun hanya 227 daripadanya masih beroperasi dengan sumber yang terhad, kata Encik Mohammed.
Beliau berkata keadaan itu turut menjejaskan perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk wanita hamil dan kanak-kanak.
Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan Gaza menyatakan hospital menerima tiga jenazah dan 17 orang yang cedera dalam tempoh 24 jam sebelumnya, menjadikan jumlah kematian yang direkodkan sejak gencatan senjata pada Oktober 2025 kepada 1,501 kematian dan 5,323 kecederaan.
Dalam laporan harian, pihak berkuasa itu berkata jumlah kumulatif kematian di Carikan Gaza sejak 7 Oktober 2023 mencecah 74,392 orang manakala 175,440 lagi cedera.

Sumber : Bernama/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.