Skip to main content

Dunia

Lebih 2,000 penumpang dan 1,000 kru kapal persiaran milik Amerika terkandas di Mauritius

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 2,000 penumpang dan 1,000 kru kapal persiaran milik Amerika terkandas di Mauritius

(Gambar: AFP/JOE RAEDLE)

Diterbitkan : 26 Feb 2024 04:47PM
PORT LOUIS: Pihak berkuasa Mauritius menahan sebuah kapal persiaran milik Norwegian Cruise Line Holdings daripada berlabuh akibat risiko kesihatan.

Lebih 2,000 penumpang dan 1,000 kru kapal itu kini terkandas di perairan Mauritius, kata syarikat Amerika Norwegian Cruise Line pada Ahad (25 Feb).

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata sebilangan kecil tetamu kapal Norwegian Dawn itu mengalami gejala sakit perut semasa pelayaran 12 hari dari Afrika Selatan.

"Atas sebab keperluan ujian tambahan oleh pihak berkuasa tempatan sebelum dibenarkan masuk, kerajaan Mauritius telah menangguhkan pendaratan bagi pelayaran semasa dan kemasukan bagi pelayaran seterusnya selama dua hari hingga 27 Feb 2024," kata syarikat itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kebanyakan penumpang dijadual untuk memulakan perjalanan pulang mereka pada Ahad, manakala pengembara baharu dijadual untuk menaiki kapal di ibu negara Mauritius, Port Louis.

Bagaimanapun dalam surat bertarikh Ahad, kapten kapal memaklumkan kepada penumpang bahawa mereka tidak akan meninggalkan kapal di Port Louis buat masa ini.

Sementara itu, syarikat itu berkata mereka telah meningkatkan langkah-langkah kebersihan di atas kapal sebagai sebahagian daripada langkah rutin untuk memastikan persekitaran yang selamat.
Sumber : Agensi berita/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita