Lebih 2,000 delegasi berhimpun bagi Sidang Puncak ASEAN di Laos
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
VIENTIAN: Lebih 2,000 delegasi dan kira-kira 1,000 wakil media antarabangsa dijangka menghadiri Sidang Puncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Puncak Berkaitan yang akan diadakan dari 8 hingga 11 Okt di Vientiane, ibu kota Laos.
Persiapan sedang giat dilakukan ketika pihak berkuasa dari pelbagai sektor berusaha memastikan sambutan lancar bagi pemimpin dan delegasi dari 10 negara anggota ASEAN.
Lebih 20 mesyuarat akan berlangsung di bawah tema "ASEAN: Meningkatkan Kesalinghubungan dan Daya Tahan."
Semua mesyuarat akan diadakan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) dan akan dihadiri oleh ketua-ketua negara dan pemerintah dari negara anggota ASEAN, negara rakan dialog, serta negara rakan luar, termasuk wakil dari organisasi serantau dan antarabangsa.
Setiausaha Kedua (Komersil) dan Naib Konsul Kedutaan Kanada Christophe A. Rouleau, yang menyelaras untuk delegasi Kanada, menyatakan bahawa Laos menunjukkan tahap persediaan yang tinggi dalam menyambut delegasi dan media antarabangsa.
“Saya telah memeriksa pusat media dan NCC di sini. Saya berpuas hati dengan persiapan yang dibuat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di pusat media pada Ahad (6 Okt).
Sementara itu, wartawan Agensi Berita Antara Ardi Irawan berkata pendaftaran media untuk sidangpuncak berjalan lancar dan susunan di pusat media, termasuk bilik solat khusus dan pilihan makanan halal untuk peserta Muslim, diatur dengan baik.
“Kami berpuas hati dengan layanan dan aturan liputan media di Vientiane,” katanya.
Kementerian Keselamatan Awam Laos dilaporkan telah menganjurkan sesi latihan dari 10 hingga 15 Sep untuk pegawai polis trafik bagi memastikan keselamatan yang ketat semasa mesyuarat.
Selain itu, Kementerian Pendidikan dan Sukan Laos mengumumkan pada Khamis penutupan sementara 497 sekolah di Vientiane semasa tempoh Sidang Puncak ASEAN bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Penutupan itu bertujuan memudahkan perjalanan delegasi antarabangsa dan pegawai-pegawai peringkat tinggi yang menghadiri sidang itu.
Langkah sementara tersebut adalah sebahagian daripada strategi yang lebih luas untuk memastikan keselamatan semua peserta dan melancarkan pengangkutan sepanjang tempoh sidang puncak itu.
Mesyuarat Menteri Luar ASEAN akan secara rasmi memulakan sidang puncak pada 8 Okt, manakala majlis pembukaan Sidang Puncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Puncak Berkaitan akan berlangsung pada 9 Okt.
Pada 11 Okt, Laos akan secara rasmi menyerahkan jawatan Pengerusi ASEAN kepada Malaysia.
Selain menjadi tuan rumah sidang puncak ASEAN pada 2024, Laos sebelum ini pernah mempengerusikan ASEAN pada 2004 dan 2016 .

Sumber : Bernama/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.