Lebih 200 periuk api hilang ditemui dalam gudang IKEA di Poland
Kira-kira 240 periuk api antikereta kebal yang terlepas daripada pemeriksaan tentera Poland secara tidak sengaja telah dihantar ke sebuah gudang syarikat perabot di negara itu.
Anggaran Waktu Membaca:

WARSAW: Kira-kira 240 periuk api antikereta kebal yang terlepas daripada pemeriksaan tentera Poland secara tidak sengaja telah dihantar ke sebuah gudang syarikat perabot di negara itu.
Empat anggota tentera yang bertanggungjawab atas kecuaian itu berdepan dengan hukuman penjara selama beberapa tahun, menurut agensi berita Poland PAP pada Sabtu (11 Jan).
Anak syarikat kepada syarikat perabot tersebut mengesahkan kepada agensi berita bahawa pekerjanya menemui muatan barangan tentera itu pada Julai 2024.
Muatan itu kemudiannya dirampas oleh polis tentera pada hari yang sama.
Walaupun kesilapan itu berlaku enam bulan lalu, rakyat Poland hanya mengetahuinya pada Khamis lalu (9 Jan) menerusi laporan portal berita Onet.pl dan Wirtualna Polska.
Pada hari yang sama, Menteri Pertahanan Wladyslaw Kosiniak-Kamysz memecat Ketua Inspektorat Sokongan Angkatan Bersenjata dan mencadangkan penggantinya pada Jumaat (10 Jan).
Namun, kementerian itu belum memberikan sebarang alasan berhubung pertukaran tersebut.
Menurut laporan Onet.pl dan Wirtualna Polska, periuk api antikereta kebal itu sepatutnya dipunggah daripada sebuah kereta api berhampiran bandar utara Szczecin pada musim panas lalu bersama sejumlah besar peralatan ketenteraan lain.
Namun, pihak tentera tertinggal beberapa kargo berbahaya kerana kecuaian.
Periuk api antikereta kebal itu pada mulanya hilang dan hanya ditemui beberapa minggu kemudian di sebuah gudang IKEA selepas melalui beberapa lokasi di kawasan pedalaman Poland.
Menurut laporan Onet.pl, muatan itu mengandungi bahan letupan yang cukup untuk memusnahkan dua bangunan pencakar langit.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.