Skip to main content

Dunia

Lebih 20 pemimpin negara, tokoh niaga pulaukan sidang Saudi susulan kes Khashoggi

Menyusuli pembunuhan Khashoggi, lebih 20 pemimpin negara dan tokoh perniagaan serta kewangan Barat memulaukan Persidangan Inisiatif Pelaburan Masa Depan yang dimulakan Isnin (23 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Oct 2018 07:38PM Dikemas Kini : 23 Oct 2018 09:59PM

RIYADH: Dibayangi peristiwa pembunuhan wartawan Khashoggi, satu persidangan pelaburan besar di Arab Saudi tetap dimulakan hari ini (23 Okt)

Namun menyusuli pembunuhan Khashoggi, lebih 20 pemimpin negara dan tokoh perniagaan serta kewangan Barat memulaukan Persidangan Inisiatif Pelaburan Masa Depan ini.

Sungguhpun begitu ratusan lagi tokoh bank dan eksekutif syarikat tetap menyertai persidangan tiga hari di Riyadh.

Acara tahunan ini bertujuan membantu menarik pelaburan asing ke Arab Saudi dalam usaha negara itu hendak mempelbagaikan ekonominya agar tidak hanya bergantung kepada minyak.

Diadakan buat tahun kedua persidangan tersebut mendapat nama jolokan sebagai Persidangan WEF Davos di padang pasir.

Gelaran itu diberikan setelah sidang sulungnya tahun lalu berjaya menarik penyertaan golongan elit perniagaan dari merata dunia.

Sumber : CNA/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita