Lebih 20 diberkas edar gambar AI kanak-kanak didera
Seramai 25 orang diberkas minggu ini atas peranan mereka dalam sebuah kumpulan jenayah yang mengedarkan gambar-gambar yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang menunjukkan kanak-kanak didera secara seksual.
Ibu pejabat Europol di The Hague, Belanda pada 25 Nov 2019. (Gambar: REUTERS/Piroschka van de Wouw)
Demikian menurut Europol pada Jumaat (28 Feb).
Operasi itu adalah satu daripada yang pertama melibatkan bahan penderaan kanak-kanak yang dijana AI, menurut Europol, sambil menambah kurang undang-undang digubal berkait penggunaan wadah AI bagi tujuan sedemikian.
Suspek utamanya, seorang warga Denmark, mengendalikan sebuah platform online di mana dia mengedarkan bahan yang dijana AI itu, yang dia hasilkan. Para pengguna di merata dunia memberikan "bayaran simbolik online" untuk mengakses platform tersebut.
Operasi itu berterusan, dengan pihak berkuasa dari 19 negara terlibat. Kebanyakan daripada 25 penangkapan yang dibuat dijalankan serentak pada Rabu (26 Feb) dalam operasi yang dipimpin oleh pihak berkuasa Denmark.
Lebih banyak penangkapan dijangka dibuat dalam beberapa minggu mendatang, menurut Europol.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.