Lebih 20 cedera akibat gempa bumi di Itali
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP)
MOSKO: Lebih 20 orang cedera akibat gempa bumi yang melanda Itali, menurut Jabatan Perlindungan Awam negara itu pada Sabtu (1 Ogos), lapor Sputnik/RIA Novosti.
Pada Jumaat (31 Jul), Pusat Seismologi Euro-Mediterranean (EMSC) memaklumkan gempa bumi sekuat 4.7 pada skala Richter melanda kawasan 10 kilometer dari bandar Naples, dengan kerosakan kecil dilaporkan pada beberapa bangunan di bandar itu.
"Dalam mesyuarat pusat krisis yang dipengerusikan oleh ketua Jabatan Perlindungan Awam, Fabio Ciciliano, jumlah mangsa yang cedera dikemas kini kepada 21 orang," menurut kenyataan itu.
Jabatan Perlindungan Awam memaklumkan bahawa dua daripada mangsa berada dalam keadaan serius, manakala sebuah pusat perlindungan sementara yang menyediakan 185 katil telah dibuka di bandar Pozzuoli.
Akhbar Corriere della Sera melaporkan bahawa gempa itu merupakan kejadian seismik terbesar yang melanda kawasan berkenaan dalam tempoh 40 tahun.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.