Skip to main content

Dunia

Lebih 2 juta pendatang haram diberkas di Saudi

Pihak berkuasa Arab Saudi menangkap lebih 2 juta warga asing yang menetap di negara itu atas kesalahan melanggar peraturan imigresen dan buruh dalam satu operasi seluruh negara yang dijalankan sejak setahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 2 juta pendatang haram diberkas di Saudi

Madinah di Arab Saudi. (Gambar fail: AFP/ROSLAN RAHMAN)

Diterbitkan : 11 Nov 2018 10:11PM Dikemas Kini : 11 Nov 2018 10:13PM

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi menangkap lebih 2 juta warga asing yang menetap di negara itu atas kesalahan melanggar peraturan imigresen dan buruh dalam satu operasi seluruh negara yang dijalankan sejak setahun lalu.

Menurut Saudi Gazette, kempen 'Negara Bebas Ekspatriat Haram' dilancarkan pada November 2017 dengan disertai 19 agensi kerajaan dan sektor privet, termasuk Kementerian Tenaga Kerja dan Pembangunan Sosial, serta Jabatan Pasport.

Para pegawai kempen berkata lebih 500,000 ekspatriat yang ditahan dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Saudi Gazette melaporkan sekitar 1.5 juta ditahan kerana melanggar sistem menetap di negara itu manakala lebih 300,000 melanggar undang-undang buruh dan kira-kira 150,000 lagi melanggar sistem keselamatan sempadan.

Para pegawai tempatan turut mendedahkan bahawa hampir 35,000 orang diberkas semasa cuba menyusup masuk negara itu melalui sempadannya di selatan. Sekitar 52 peratus daripadanya merupakan warga Yaman, 45 peratus lagi dari Habsyah dan yang lainnya asal pelbagai negeri.

Sebanyak 1,636 penduduk asing pula ditahan kerana cuba meninggalkan negara itu secara haram.

Di samping itu, hampir 3,000 orang, termasuk 833 warga Saudi diberkas kerana membantu menyediakan pengangkutan kepada para pendatang haram.

Daripada jumlah itu, 796 warga Saudi disiasat, dihukum dan dibebaskan sementara 37 lagi masih disoal siasat, lapor Saudi Gazette.

295,930 pesalah dirujuk ke kedutaan dan konsulat masing-masing untuk diberi dokumen perjalanan sementara sekitar 360,000 perlu menyelesaikan proses-proses rasmi.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita