Lebih 2 juta hidupan liar mati dalam kebakaran hutan di Bolivia
Lebih dua juta hidupan liar termasuk harimau bintang, puma dan llama, mati dalam kebakaran selama beberapa minggu yang memusnahkan sebahagian besar hutan dan padang rumput di Bolivia, menurut para pakar alam sekitar pada Rabu (25 Sep).
Lebih dua juta hidupan liar termasuk harimau bintang, puma dan llama, mati dalam kebakaran. (Gambar: Reuters)
LA PAZ: Lebih dua juta hidupan liar termasuk harimau bintang, puma dan llama, mati dalam kebakaran selama beberapa minggu yang memusnahkan sebahagian besar hutan dan padang rumput di Bolivia, menurut para pakar alam sekitar pada Rabu (25 Sep).
Kebakaran itu memusnahkan hutan tropika Chiquitania di timur negara itu.
“Kami sudah berunding dengan para pakar biologi Chiquitania dan menganggarkan lebih 2.3 juta haiwan dilaporkan hilang di banyak kawasan larangan,” kata Profesor Sandra Quiroga daripada Universiti Santa Cruz.
Kucing liar Amerika Latin, dan hidupan liar lain seperti puma, harimau bintang selain rusa, llama dan binatang kecil seperti tenggiling, cicak, tapir dan tikus, juga antara mangsa kebakaran itu, menurut para pakar biologi yang menyiasat skala kemusnahan tersebut.
Media tempatan menunjukkan gambar bangkai haiwan yang rentung dalam hutan yang terbakar dan burung-burung yang terbang ke kawasan-kawasan yang tidak dijilat api.
Kebakaran, yang menghanguskan kawasan lebih empat juta hektar sejak Ogos lalu, memusnahkan sepenuhnya ‘hutan utama’ seluas lebih 100 hektar di hutan simpanan Tucavaca di timur Santa Cruz.
“Hutan sudah hangus terbakar dan kerosakan itu tidak dapat dipulihkan. Ia tidak akan kembali seperti normal,” kata Encik Quiroga.
Wilayah di timur Santa Cruz paling teruk terjejas sejak kebakaran bermula pada Mei lalu dan memuncak pada Ogos.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.